Sunday, 7 August 2011

Hidup Ihsan Gereja

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.


Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.
“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

-Harian Metro-

bila ada org islam kita murtad, kita salahkan mereka. tp pernahkah kita fikir mengapa mereka memilih untuk murtad? ini berita yg dipaparkan kat berita, yg tak dipaparkan berapa banyak lg? dari pengalaman aku bukan pihak gereja saja yg wat cara camni, dari pihak lain pun ade wat cara camni. mereka memberi bantuan pastu slow-slow ajak join agama diaorg. sekadar memetik kata-kata dr.maza,  

..kita selalu salah orang lain apabila ada orang kita yang murtad..memang, tiada siapa yang redha dengan murtad..ia tanda lemahkan pegangan agama..juga tanda berkesannya dakyah pihak yang lain..persoalannya; mengapa pegangan mereka lemah? mengapa mereka tidak faham hakikat Islam ini, sedangkan mereka dalam negara Islam? keduanya; saya diberitahu oleh wartawan yang turut hadir semasa operasi JAIS bahawa mereka ini golongan yang miskin dan hidup dalam kesusahan. Mereka gagal meminta bantuan daripada masyarakat Islam, mereka tidak dipedulikan. Apabila ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan, maka, mereka terpaut hati. Persoalannya: ke mana perginya wang bantuan dan zakat kita yang beratus juta? Mengapa kerenah birokrasi begitu banyak untuk mendapatkan zakat dan selainnya yang sekadar RM 100-200 itu ? Sedangkan pejabat zakat bertambah cantik, kereta selalu baru dan anda boleh tanya gaji bos-bos di sana. Siapakah hendak kita salah? Setiap agama tentu akan beritahu agamanya baik. Jika ada umat kita yang merajuk sehingga keluar agama, apakah kita langsung tidak mahu menyalahkan diri kita sendiri?


-sekadar perkongsian-

0 comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz