Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Mesti korg semua pernah dengar ayat tu kan? lame dah ayat tu. hehehe.. aku ingat lagi dulu guru aku penah pesan. Apapun yang terjadi atas diri kamu, yakinlah itu adalah yang terbaik untuk kamu! Sebab Allah tu tuhan yang maha Bijaksana, Maha Pemuran dan Penyanyang. tak kan dia bagi dugaan kpd kamu sbb saja-saja? dia Maha Mengetahui semua yang terbaik untuk kita. tersentak aku dengar kata-kata guru aku tu. sebelum ni aku selalu mengeluh bila ujian melanda, selalu aku bertanya mengapa aku? tapi sekarang bila datang badai ujian aku mampu tersenyum, berkata pada diri, "terima kasih Ya Allah, ujian yang telah kau turunkan ujian ini. Kuatkan aku untuk menempuhinya". Tersenyum? kerana aku tahu itu yang terbaik untuk aku, walaupun jauh dalam lubuk hati ini itu bukanlah yang aku harapkan. Bila aku buka buku-buku agama, buku motivasi aku terjumpa ayat ini.
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
huh, selama ni aku dok sibuk cari kata-kata motivasi untuk kuatkan hati yang luka ini. tapi aku lupa penawar yang Allah telah turunkan dalam kitabNya. Benarlah kata org, sesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Jika terasa berat menanggung ujian, kembalilah, kembalilah kepada Ya Rabbi,kerana dia ada penyelesaiannya..

0 comments:
Post a Comment