Monday, 25 July 2011

Hilang semuanya...

Pergilah Sayang, Jauh Dariku
Jauh-Jauh Agar Kau Tak Mendengar Bila ku Menyebut Namamu
Jangan Pulang!
Biar Sampai Kita Tak Ketemu
Pergilah Kau Sayang Jauh Dari Hati Ini
Agar Kau Ketemu Ertinya Bahagia
Jangan Ada Kesedihan Dihatimu
Nanti Terasa Perit Dihatiku
Pergilah Sayang
Bahagiamu Ada Disana..

Ya Allah, tabahkan hati hamba mu ini...

Read more...

Monday, 18 July 2011

Pesanan Sahabat

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang melimpahkan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hatimu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan, kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya..."

Semoga rahmatNya sentiasa mengiringi kita...
Read more...

Sunday, 17 July 2011

Finger Print dlm AlQuran!

cuba korg tengok ibu jari korg, ade finger print kan? n sebagaimana yang korg tahu, finger print korg tak kan sama dengan finger print org lain walaupun dlm dunia ni ade berjuta-juta org. How they do it? hehehe.. senang sahaja bagi Allah kerana Dia maha berkuasa. tp yg aku nak share kali ni ialah pasal ayat tentang finger print (mayb korg dah tau kan;D). bagi yg tak tahu, baca ayat kat bawah ni..

"Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) ujung jari-jarinya dengan sempurna" (AlQuran 75:3-4)

Maha Suci Allah, makin byk kita selam lautan ilmu, makin byk yg kita tak tahu. Moga bertambah keimanan kita. Insyakallah..

Read more...

KISAH BAJU PERANG SAIDINA ALI

Salam kepada semua.. mlm ni nak kongsi satu cerita tentang ketelusan dalam sistem pemerintahan Islam yang sebenarnya yg patut boleh dijadikan panduan kepada semua.. Selamat membaca..

Suatu hari setelah tamat satu peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin membersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali r.a berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu di mana baju perangnya. Namun demikian, tiada s eorang dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Malah, mereka berasa kehairanan.

Beberapa hari kemudian khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung disebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi itu dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian, orang yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a, malah mengakui baju perang itu adalah miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin yang baju perang itu adalah miliknya. Beliau berasa tidak puas hati lalu mengadukan masalah ini kepada Qhadi.

Setelah beberapa hari , kes tersebut dibawa ke muka pengadilan. Khalifah Ali r.a bertindak sebagai pendakwa dan oran tersebut sebagao orang yang didakwa. Orang Yahudi itu tampil ke tempat pengadilan dengan perasaan rahu – ragu. Dia yakin bahawa dia tidak akan memenangi kes ini. Dia berpendapat demikian kerana ini adalah pengadilan muslim dengan Qhadi mualim. Tambahan pula, dia berhadapan dengan kes yang melibatkan Amirul Mukminin, sedangkan dia hanyalah seorang yahudi yang miskin. Sudah pasti dia akan menerima hukuman yang keras. Walaupun dia tahu perbuatannya mencuri baju perang Khalifah Ali r.a adalah salah, namun dia melakukannya kerana terpaksa. Dia perlu menyara keluarganya yang kelaparan. Apakah akan wujud keadilan di ruang pengadilan muslim?

Sejurus kemudian, seorang Qhadi kurus dilihat memasuki tempat pengadilan. Semua pegawai dan hadirin yang berada dalam dewan tersebut kelihatan menghormatinya. Tanpa melengahkan masa, Qhadi tersebut memulakan persidangan. Beliau bertanya kepada Khalifah Ali r.a. “ wahai Khalifah apa yang anda tuntut dari yang diakwa?” Khalifah Ali r.a pun lalu menceritakan tentang baju perangnya yang hilang dan baju tersebut telah diambil oleh Yahudi yang didakwa.

Namun demikian, Qhadi terus bertanya. “ Wahai Khalifah, adakah engkau dapat membuktikan dakwaan yang baju perang yang ada di tangan yang didakwa itu adalah milik engkau?”

Tersentak dengan pertanyaan Qhadi, Khalifah Ali r.a terus termenung dan berasa sukar untuk membuktikannya. Lalu Khalifah Ali r.a berkata, “aku tidak mampu membuktikannya wahai Qhadi yang bijak. Namun, anakku Hasan mengetahui bahawa baju perang itu adalah milikku dan ia hilang ketika aku meletakkannya untuk dibersihkan.”

Namun begitu, tuan Qhadi yang berwibawa itu menolak sebarang saksi dari kalangan pihak keluarga. Qhadi yang bijak tadi terus memutuskan kes tersebut dimenangi oleh Yahudi kerana Khalifah Ali r.a tidak dapat membuktikan dakwaannya.

Orang Yahudi itu tersentak mendengarkan keputusan Qhadi yang kurus tadi. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan menang kes ini di ruang pengadilan muslim. Padahal, sememangnya dialah yang mencuri baju perang milik Khalifah Ali r.a itu.

Akhirnya, dengan rasa bersalah dan rendah diri lalu dia menghampiri Khalifah Ali r.a “wahai Khalifah, sesungguhnya baju perang ini adalah milikmu,” katanya. “ambillah ia kembali. Aku berasa sungguh terharu dengan pengadilan ini. Pengadilan ini langsung tidak memandang status walaupun aku seorang Yahudi miskin dan engaku adalah seorang Amirul Mukminin. Aku langsung tidak menyangka ia akan dimenangi oleh aku. Pengadilan muslim ini adalah pengadilan yang sangat luar biasa. Ternyata dalam Islam ia tidak memandang perbezaan taraf di dalam ruang pengadilan”.

Orang Yahudi tadi terus menyambung bicara. “wahai Khalifah Ali, mulai saat ini aku akan memeluk Islam dan aku ingin menjadi seoarang muslim yang baik,” katanya dengan rasa insaf sambil menghulurkan baju perang kepada Khalifah Ali r.a.

Khalifah Ali r.a menolak baju perang tersebut. “wahai Fulan, kau ambillah kembali baju perang ini. Aku hadiahkan kepadamu. Aku gembira dengan keislamanmu,” kata Khalifah Ali r.a dengan bersemangat. Orang Yahudi tadi berasa amat gembira. Akhirnya, mereka pulang dari tempat pengadilan dengan perasaan puas

Khalifah Ali r.a menolak baju perang tersebut. “wahai Fulan, kau ambillah kembali baju perang ini. Aku hadiahkan kepadamu. Aku gembira dengan keislamanmu,” kata Khalifah Ali r.a dengan bersemangat. Orang Yahudi tadi berasa amat gembira. Akhirnya, mereka pulang dari tempat pengadilan dengan perasaan puas.
Hidayah Allah itu cukup luas, keadilan Islam itu juga cukup luas. tidak mengenal pangkat dan darjat, semoga kita mendapat hidayah..

Read more...

Saturday, 9 July 2011

Jom Menangis!!

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Semua orang pernah menangis cuma yang membezakannya ialah sebab seseorang itu menangis. Kali ni aku nak share skit cite-cite pasal tangisan ni. Moga dapat bagi pengajaran kat kita semua..

Cerita Pertama...
Menurut suatu riwayat, jika mengerjakan shalat subuh, Umar Ra. sering membaca surat Al-Kahfi, Thaha dan surat-surat lain yang sama panjangnya dengan surat itu. Pada saat itulah Umar Ra. sering menangis sehingga tangisannya terdengar ke barisan belakang. Pada suatu ketika dalam shalat subuh , Umar Ra. membaca surat Yusuf, ketika sampai pada ayat, "Sesungguhnya hanya pada Allah saya mengadukan kesusahan dan kesedihanku.  "
( Yusuf : 86 )
Umar Ra. menangis terisak-isak sehingga suaranya tidak lagi terdengar ke belakang. Terkadang dalam shalat tahajudnya Umar Ra. membaca ayat-ayat Al-Qur`ân sambil menangis sehingga ia terjatuh dan sakit. Inilah perasaan takut pada Allah seorang yang apabila disebut namanya saja, akan menggetarkan dan membuat takut hati raja-raja besar. 

Cerita Kedua..
Suatu hari Rasulullah Saw. melewati seorang sahabat yang sedang membaca Al-Qur`ân, ketika sahabat tadi sampai pada ayat, "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah." (Ar-Rahman: 37), maka bulu pembaca tadi berdiri tegak dan dia menangis terisak-isak dan berkata, "Aduh, apakah yang akan terjadi pada diriku apabila langit terbelah pada hari kiamat? Sungguh malang nasibku." Nabi berkata padanya, "Tangisanmu membuat para malaikat ikut menangis bersamamu."

Cerita Ketiga...
Abdullah bin Rawahah salah seorang sahabat Rasulullah Saw., pada suatu hari menangis dengan sedihnya, melihat keadaan itu istrinya pun turut menangis bersamanya. Dia bertanya pada istrinya, "Kenapa engkau menangis?" istrinya menjawab, "Apa yang menyebabkan engkau menangis, itulah yang menyebabkan saya menangis." Abdullah berkata, "Ketika saya ingat bahwa saya harus menyeberangi neraka melalui shirat, saya tidak tahu apakah saya akan selamat atau tidak." 

Rasulullah Saw. bersabda : "Wajah yang dibasahi air mata karena takut pada Allah walaupun sedikit akan diselamatkan dari api neraka." Beliau juga bersabda, "Jika seseorang menangis karena takut pada Allah maka dia tidak akan masuk neraka, seperti tidak mungkinnya air susu masuk kembali ke putingnya.

Aisyah bertanya kepada Rasulullah Saw., "Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan masuk surga tanpa hisab?", "Ia" jawab Nabi. "Dia adalah orang yang banyak menangis karena menyesali dosa-dosa yang telah ia lakukan."  

 Maha Suci Allah... Korg pun mesti penah menangis jugakan? Tp sbb ape yek? hehehe... Terasa jauh sangat kita dari Allah. Berapa kali je kita menangis sbb takutkan Allah. Tp kalau nangis sbb clash/gaduh dgn pakwe/awek, putus tunang dll mesti slalukan? Sedangkan kita ni tetiap hari wat maksiat, lalai dgn perintah Dia, kuar dgn awek pegang-pegang tangan. Kita skit pun tak rasa bersalah dan takut kan? Jom kita sama-sama cari jalan pulang. Sebelum kita terlambat...
 
Read more...

Friday, 8 July 2011

 Salam.. Hari ni aku share satu lagu yg best. Liriknya, maksudnya, sangat menyentuh kalbu.  kalau tengah-tengah ada masalah, kepala pusing mmg sesuai dengar lagu ni. insaf jap. hehehe.. Tutup mata, hayati lagu ni. dari Rabbani..

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Lirik Munajat - Rabbani @ Lirikami

Read more...

Monday, 4 July 2011

Pecrayalah, Allah Maha Mengetahui

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Mesti korg semua pernah dengar ayat tu kan? lame dah ayat tu. hehehe.. aku ingat lagi dulu guru aku penah pesan. Apapun yang terjadi atas diri kamu, yakinlah itu adalah yang terbaik untuk kamu! Sebab Allah tu tuhan yang maha Bijaksana, Maha Pemuran dan Penyanyang. tak kan dia bagi dugaan kpd kamu sbb saja-saja? dia Maha Mengetahui semua yang terbaik untuk kita. tersentak aku dengar kata-kata guru aku tu. sebelum ni aku selalu mengeluh bila ujian melanda, selalu aku bertanya mengapa aku? tapi sekarang bila datang badai ujian aku mampu tersenyum, berkata pada diri, "terima kasih Ya Allah, ujian yang telah kau turunkan ujian ini. Kuatkan aku untuk menempuhinya". Tersenyum? kerana aku tahu itu yang terbaik untuk aku, walaupun jauh dalam lubuk hati ini itu bukanlah yang aku harapkan. Bila aku buka buku-buku agama, buku motivasi aku terjumpa ayat ini.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

huh, selama ni aku dok sibuk cari kata-kata motivasi untuk kuatkan hati yang luka ini. tapi aku lupa penawar yang Allah telah turunkan dalam kitabNya. Benarlah kata org, sesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Jika terasa berat menanggung ujian, kembalilah, kembalilah kepada Ya Rabbi,kerana dia ada penyelesaiannya..

Read more...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ini bagaikan sebuah mimpi menjadi kenyataan. dah lama berhasrat nak ada blog sendiri, asyik dok lepak kat blog orang je. hehe.. Cuba untuk beri yang terbaik utk blog ni, agar dapat memberi manafaat kepada semua. Manusia yang berguna itu adalah manusia yang dapat memberi manafaat terhadap dirinya sendiri dan juga orang lain. Insyakallah. All the best to my self..;D
Read more...

POLI Bloggerz